Dr. Mior BadrulHisham Kamaruzaman

Dr. Mior BadrulHisham Kamaruzaman
Life is fragile, cherish your life as possible

Sunday 6 February 2022

The Memories photo

LOMPATAN APUNGAN JURING

LOMPATAN HAMBURAN HARIMAU LEPAS, HALANGAN [Anak Kambing]



UJIAN KEYAKINAN - Lengan di gilis Kereta

UJIAN KEYAKINAN - Terjun atas kaca selepas Ujian  Celur Minyak Panas

Gerak Tari Sembah " Bunga Teratai"




Ujian Lompatan Harimau lepas Halangan di hadapan Mahaguru,
Air Kuning, Taiping, Perak

Istiadat Tabal Sandang, Jawatan Khalifah Muda


Ujian Gerakan Jurus di hadapan Mahaguru

Cikgu Ahmad Zahid Ismail di Tabal selaku wakil Mahaguru,
Dalang Mandi Minyak Negeri
Guru Ahmad Zahid Ismail ditauliah Tali Pinggang Hitam,
Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti (HPCS)
Tingkatan Tiga [Cula III] oleh Mahaguru Datuk Meor Rahman, 1989

Guru Zainuddin Hj Abd Latif mengambil tapak istiadat Tabal
 Sandang perjawatan Adat  Silat Seni Gayong dari Mahaguru 

Barisan Ahli Adat Istiadat Gayong N.Sembilan bergambar
di Balai Adat Air Kuning, Taiping
bersama Mahaguru

Mahaguru mempersembahkan kekuatan Otot tubuh

Mahaguru mempersembahkan Senjata Pahlawan Bugis 
Sundang Lipas Gayong

Cikgu Mior BadrulHisham Kamaruzaman


Datuk Meor Rahman berpakaian Lengkap
Sut Kord Mahaguru Gayong 1990 
di Padang Merdeka Port Dickson

 

Sunday 30 January 2022

 

Usaha berterusan dari kami di Academy Silat Seni Gayong NS [ASSGNS] menuju misi membangunkan satu produk pengajian baru dan unik di mana-mana Universiti tempatan swasta atau Awam (IPTS / IPTA). Produk Pengajian atau fakulti pengajian Seni Silat Melayu dan Alam warisan Persilatan Nusantara Melayu  dengan keunikan kesenian nya telah sekian lama tersedia mengamit pengkaji, penuntut, pemerhati samada pasaran tempatan, Nusantara serta dunia untuk  datang “mempelajari sambil melancung” ke wilayah melayu ini (Malaysia) khususnya negeri "MELAKA" yang telah lama dikenali dunia sebagai pusat pengajian Sejarah, Kebudayaan dan warisan Alam Melayu . Negara "MELAKA" juga telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai salah satu bandar bersejarah Dunia. Demikian juga Seni Silat Melayu yang asal terbitnya dari Malaysia manakala Pencak Silat dikenali serta diakui dari Indonesia telah di iktiraf sebagai Warisan Budaya tidak Ketara UNESCO.

http://academysilatsenigayong.blogspot.com/

 AWSOME YEAR 2022


Wednesday 30 October 2013

Gayong berpadu balik berteguh dibawah "PAYUNG" Silsilah Zuriat Keturunan Mahaguru.


 
Raja Bugis (Makasar)
era 1700

Daeng Kuning + Puteri Raja Pattani
                                                                      era 1800-1875

Penghulu Che’ Ngah Tambah (Empat Isteri)
era 1880 - 1930


Uda Mohd Hashim
 +
Syarifah Alluyah bte Syed Zainal Abidin AlAttas
era 1930-1950

Meor Abdul  Aziz                      Meor Abdul Rahman +                    Siti Sa’diah
  (tiada zuriat)                            Che’ Som Hj Khecik                         Rahmatullah
                                                  Paridah Yusope (tiada zuriat)
                                                  Sharifah Rehan Syed Khecik
(tiada zuriat)


Siti Fadzilah (anak Tunggal Mahaguru)                                       Siti Aisyah (Rahmatullah)

Cucu-cucu Mahaguru:
Mohd Shuib
Abu Hurairah
Siti Zubaidah
Abdul Zabib
Mohd Soufi
Masitah
Halimaton Sa’diah
Siti Aloyah
Siti Zulaika
Siti Nurdiana


Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim adalah Pengasas dan Mahaguru Silat Seni Gayong. Beliau berdarah Bugis dan Arab yang menyaksikan silsilah keturunan Bugis dari sebelah bapanya dan silsilah keturunan Ahlul Bait dari Hadramaut dari sebelah Bondanya. Ilmu kepandaian bersilat dipelajari dari Datuk sebelah ibunya Syed Zainal Abidin Al Attas manakala semangat kepahlawanan dan kependekaran diwarisi dari sebelah ayahandanya silsilah keturunan Raja Bugis. Mahaguru tidak menurunkan ilmu Silat Seni Gayongnya hanya pada seorang murid sahaja, beliau menurunkan ilmu kepada setiap muridnya berbeda-beda kaedah dan seni bergantung kepada tempat dan masa supaya semua anak muridnya boleh berpakat dan perpadu serta menghormati antara satu sama lain.

Tiada seorang pun dari murid Silat Seni Gayong boleh mengaku telah memiliki semua ilmu kegayongan dari Mahaguru dan merasa hebat. Kepandaian ilmu silat seni Gayong yang diperturunkan kepada setiap muridnya adalah berbeda-beda keistimewaannya dan seninya zahir serta batin. Tentunya keistimewaan ilmu tertentu, telah diperturunkan kepada zuriat keturunan beliau sendiri. Mahaguru mempunyai sifat taat dan berpegang kepada pesan ayahanda beliau Daeng Uda Mohd Hashim yang mengingatkan supaya ilmu kepandaian dan semangat Gayong akan berserta dan berseru melalui silsilah keturunan. Bak kata pepatah, “Dimana tumpahnya kuah kalau bukan ke Nasi”.

Seni kata yang selalu disebut oleh Datuk mahaguru ketika hayatnya tentang binatang Naga, "di lautan sana bercula TUJUH, di lautan sini bercula “SE” (satu), melambangkan falsafah asal usul keturunan beliau. Pesanan beliau yang terakhir antaranya, “Dato' tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada sorang murid saja, banyak orang dah dapat masing-masing, Kena bercantum!" kena berpadu” baru dapat teguh!

Demi menjalankan amanah dari pesanan Almarhum Mahaguru untuk berpadu dan mendapat teguh, Pewaris ilmu yang telah dilantik oleh Mahaguru pada tahun 1989 telah berusaha sedaya mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab berat itu namun misi mencantum dan berpadu, dilihat masih jauh dari mencapai matlamatnya. Akhirnya kesemua mereka iaitu Saudara Razali Salleh, Sdr Ahmad Lazim dan Pn Rokiah Naning @ Siti Kalsom selaku pewaris amanah ilmu Gayong sebelum itu, telah dipanggil pulang ke rahmatullah. Maka selepas tahun 2007,  tiada lagi pewaris ilmu Gayong yang boleh mengaku, bahawa dia boleh mengambil amanah berat ini. Dan tiada lagi Mahaguru Silat Seni Gayong selepas Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman. Kesinambungan Waris keturunan Mahaguru adalah mengikut silsilah zuriat keturunannya bukannya kepada orang sembarangan kerana Gayong itu ada daulahnya.

Almarhum Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman ketika kunjungan terakhir beliau ke rumah anakandanya Hajjah Siti Fadzilah pada penghujung tahun 1989 pernah menyebut dan mengingatkan anakandanya itu bahawa “satu hari nanti, orang (anak-anak Gayong) akan datang mencari kau (Waris Zuriat ku)”. Fadzilah jaga Gayong dan ajarlah kepada anak cucu, nanti Gayong akan bercantum dan balik berteguh. Ingat pesan bapak”. Seluruh warga Silat Seni Gayong dari  sanad Mahaguru Meor Abdul Rahman perlu berbalik kepada yang Hak iaitu Waris Zuriat Keturunan Mahaguru sebagai “Payung” yang akan memandu Gayong balik berpadu.

Dari temubual bersama Waris Mutlak Keturunan Mahaguru:
Dato' Paduka Hajjah Siti Fadzilah Bte Meor Rahman